Posted by : Unknown Sunday, 4 March 2012

1. DOA MEMULAKAN ULANGKAJI
    “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2. DOA SELEPAS MENGULANGKAJI
    “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

3. DOA KETIKA KELUAR RUMAH PADA HARI PEPERIKSAAN
   “Dengan nama Allah aku berserah kepada Allah”

4. DOA KETIKA DALAM PERJALANAN KE DEWAN PEPERIKSAAN
    “Wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia”

5. DOA KETIKA MELANGKAH MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN (MELANGKAH DGN KAKI KANAN)
   “Selamat Sejahtera ucapan dari Tuhan yang Maha Penyayang”

6. DOA KETIKA MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN
    “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

7. DOA KETIKA HENDAK DUDUK
   “Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

8. DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN
    “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

9. DOA KETIKA MEMBUKA KERTAS SOALAN
   “Tunjukkanlah kami (ya Allah) jalan yang lurus”

10.DOA KETIKA HENDAK MENJAWAB SOALAN
    “Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

11.DOA KETIKA SUKAR MENJAWAB
    “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

12.DOA KETIKA “BLANK” / TERLUPA JAWAPAN
    “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

13.DOA KETIKA MENYEMAK SOALAN
    “Sesungguhnya Allah maha Mengetahui segala sesuatu”

14.DOA KETIKA MENYERAH KERTAS SOALAN
    “Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

Chat mari




Popular Post

- Copyright © My Life as Muslim -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -